Thursday 3 July 2014

KAEDAH PSIKOLOGI LATIH ANAK BERPUASA

Melentur buluh biarlah dari rebungnya..Jiwa anak2 yang masih putih dan bersih mudah dididik dan menerima tarbiah dengan amalan dan ibadah.Sempena bulan ramadhan yang mulia ini,ambillah peluang untuk mendidik si kecil sejak dari usia yang hijau. 





Elakkan daripada memaksa dan menyuruh mereka berpuasa sekiranya mereka enggan atau masih belum berupaya berpuasa sehari penuh.Hal ini kerana mereka  belum mencapai tahap umur yang mewajibkan mereka berpuasa.Maka pendekatan psikologi boleh digunakan untuk menarik minat si kecil berpuasa. Amalan puasa bukan saja sebagai ibadah,malah ia juga memberikan hikmah seperti kecerdasan akal dan meningkatkan kawalan diri dan nafsu.Justeru apabila menyedari kepentingan ini,tidak rugi mencuba strategi psikologi yang disusun ini. 


1.Sentiasa bercerita 
Setiap kali berpuasa,anda bolehlah sentiasa menerangkan kepada si manja apa itu puasa.Beri gambaran awal tentang puasa.Minda si manja seperti span yang menyerap apa yang dilihat olehnya.Maka apabila sentiasa bercerita,maka tidak mustahil dia akan mengetahui dan ingin tahu dengan lebih lanjut mengenai puasa. 

2.Sabar 
Ibu dan ayah seharusnya tidak tunjuk emosi seperti lapar atau dahaga yang keterlaluan di hadapan si manja.Tunjukkan anda menjalani ibadah ini dengan penuh kesabaran dan tidak mengeluh. 

3.Berperingkat 
Bagi si manja yang ingin berpuasa buat pertama kalinya,anda bolehlah menyediakan tahap tertentu supaya si manja tidak terlalu terbeban.Minggu pertama puasa,si manja boleh berpuasa dari waktu sahur hingga jam 10 pagi.Pada minggu ke-2 bolehlah berbuka pada pukul 1 tgh hari,minggu ke-3 pukul 4 ptg dan mingguseterusnya bolehlah dilanjutkan hingga waktu berbuka.

4.Semangat 
Tiupkan semangat ke dalam diri si kecil dengan memberikan sokongan moral dan kata2 positif.Misalnya,katakan kepadanya..."lihat abg dan kakak boleh aje berpuasa,adik juga pasti boleh." atau "Cuma tinggal beberapa jam aje lagi nak berbuka,adik mesti boleh bertahan." 

5.Leka 
Biarkan dia dengan aktiviti yang boleh mengalih tumpuannya kepada lapar dan dahaga.Sertakan dia bersama dalam aktiviti yang anda lakukan.Jadi dia akan sentiasa sibuk dan lupa akan lapar dan dahaga. 

6.Hadiah 
Berikan ganjaran berupa hadiah yang dihajati si manja sebagai upah atau imbuhan kerana berpuasa.Dengan cara ini,dapat memberi dorongan dan peghargaan buat si kecil yang ingi cuba berpuasa.Hal ini juga membuatkan dia lebih bermotivasi untuk meneruskan amalan berpuasa. 

7.Menu kegemaran 
Sajikan menu kegemaran saat bersahur dan berbuka.Tanyakan masakan yang ingin dimakan dan cuba penuhi setiap permintaannya secara sederhana.Selain itu,penting untuk anda menyediakan makanan seimbang agar si manja menerima gizi yang secukupnya. 

8.Seronok bersahur 
Sahur menjadikan si ibu terpaksa meninggikan suara untuk kejutkan anak2 untuk bangun.Selain sajian kegemaran sediakan rancangan tv atau filem kegemaran sebagai umpan si manja untuk mudah bangun sahur. 

9.Jauhi godaan  
Jauhi godaan seperti makanan dan minuman berada di hadapannya kerana si manja masih lagi dalam proses belajar untuk berpuasa. 

10.Aktiviti memenatkan 
Nasihati si manja agar tidak melakukan sebarang aktiviti yang memenatkan seperti berlari dan bermain di bawah cahaya matahari.Ini kerana ia akan membuatkan tubuh si manja lebih cepat dehidrasi dan mudah letih. 

Sebagai seorang ibu anda boleh praktiskan beberapa tips diatas untuk si manja anda.Semoga si kecil anda lebih bersemangat dan ceria menempuh puasa di bulan Ramadhan ini.

No comments:

Post a Comment